ASAS
GRAFIK DALAM MULTIMEDIA
MUDAH
|
Mudah
bermaksud sesuatu gambaran yang mudah difahami dan dapat dikenalpasti dalam
sesuatu foto atau video. Contohnya, dalam sebuah foto terdapat gambar kucing
berwarna sedang makan. seseorang akan dapat faham bahawa dalam gambar
tersebut menunjukkan kucing itu sedang makan. |
WARNA
|
Warna merupakan satu elemen yang
menjadikan sesuatu gambar itu menarik. Akan tetapi dalam asas grafik
sepatutnya mempunyai tiga warna sahaja. Warna yang terdapat dalam sesuatu
grafik adalah mengikut objektif dan mesej yang ingin disampaikan dalam grafik
tersebut. |
TEKS |
Teks merujuk kepasa saiz dan jenis font yang
digunakan.Warna yang digunakan untuk font juga penting supaya ianya tidak
tenggelam dalam foto tersebut. Font yang digunakan mestilah mudah dibaca dan
menarik. |
KESESUAIAN |
Kesesuaian ialah setiap grafik perlu
sesuai dengan latar seperti latar tempat, latar masa dan juga latar watak
yang terdapat dalam sesebuah gambar atau video. Setiap watak yang ada dalam
foto tersebut mestilah bersesuaian antara satu sama lain |
KESEIMBANGAN |
Keseimbangan dapat dilihat dari sudut kiri, kanan,
atas, dan bawah gambar. keseimbangan juga dapat dilihat apabila gambar
tersebut dapat disampaikan dengan baik. Contohnya, di ruang atas terdapat
awan seimbang dengan laut yang terdapat di ruang bawah. |
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Penerbit Universiti Putra Malaysia.
ππΌππΌ
ReplyDelete