BBM3410 ASAS GRAFIK-MUDAH (INTERNET)
Elemen: Mudah
Tema: Kemewahan
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana
penggunaan unsur yang terdapat dalam grafik diatas tidak terlalu padat. Hanya
tiga objek sahaja yang digunakan dalam grafik tersebut namun dapat menyampaikan
mesej kepada pengguna dengan baik.
Elemen: Mudah
Tema: Minuman
Huraian:
Berdasarkan gambar di atas, seseorang akan mudah memahami hanya dengan melihat
kepada imej itu sahaja. Seseorang itu juga akan mengetahui mesej yang ingin
disampaikan dalam imej tersebut tanpa ada kekeliruan. Tambahan pula, gambar
tersebut memaparkan dua imej cawan teh dan juga imej sekotak teh maka seseorang
yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa imej itu ialah mengenai minuman
berunsurkan teh.
Elemen: Mudah
Tema: Peringatan
Rujukan: https://pin.it/c0CU5RM
Huraian:
Elemen asas grafik mudah telah diaplikasikan dalam grafik diatas melalui
penggunaan warna, teks, dan objek. Grafik tersebut hanya menggunakan warna
monokrom iaitu hitam dan putih. Audien dapat memahami maksud grafik ini dengan
mudah kerana ilusi objek yang menembusi papan billboard dengan gandingan teks
“wear a seat belt”. Grafik ini sejenis grafik peringatan supaya memakai tali
pinggang keledar bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Elemen: Mudah
Tema: Minuman Bertenaga
Rujukan: https://www.gambar.pro/2010/05/100-gambar-iklan-pepsi-paling-hist.html
Huraian:
Iklan yang dipamerkan ini mempunyai elemen mudah yang diterapkan. Hal ini
dikatakan demikian kerana berdasarkan iklan tersebut kita dapat memahami mesej
yang hendak disampaikan. Iklan tersebut hendak memperkenalkan sejenis air
berkarbonat iaitu pepsi. Dengan sekali pandang pada iklan tersebut kita dapat
mengetahui intipati iklan tersebut. Oleh itu, jelaslah iklan tersebut mempunyai
elemen asas grafik mudah.
Elemen : Mudah
Tema : Minuman dan Makanan
Rujukan : https://ms.drink-line.com/article-2012-07-24-odwalla-launches-first-ever-us-organic-product-line
Huraian:
Elemen yang ditonjolkan di dalam gambar di atas ialah elemen mudah. Foto di
atas menunjukkan gambar 3 botol minum dan 2 kotak makanan. Seseorang yang
melihat foto tersebut mereka akan mengetahui itu adalah gambar makanan dan
minuman yang diiklankan. Dengan adanya gambar produk tersebut ianya tidak akan
menimbulkan kekeliruaan kepada seseorang yang melihatnya,
Elemen: Mudah
Tema: Aplikasi Internet
Rujukan: https://techharvest.asia/2017/12/28/cara-untuk-menyekat-iklan-di-youtube/
Huraian:
Gambar di atas dikategorikan sebagai mudah kerana mesej yang disampaikan tidak
berlaku kekeliruan. Hal ini kerana gambar tersebut memaparkan simbol yang
melambangkan simbol Youtube. Gambar tersebut juga mudah difahami kerana youtube
merupakan aplikasi kebiasaannya terdapat dalam gajet seperti telefon bimbit,
ipad, komputer riba dan lain-lain.
Elemen: Mudah
Tema: Perniagaan kosmetik
Rujukan: https://images.app.goo.gl/cwjbgQi6a93ZfRQAA
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen mudah kerana seseorang akan mudah mengetahui
dan memahami gambaran imej tersebut sebaik sahaja melihatnya. Ditambah pula
dengan perkataan " Produk mesra wudhu" menambahkan lagi keyakinan
seseorang bahawa iklan ini merupakan jualan produk kecantikan daripada Nurraysa
Beuty.
Elemen: Mudah
Tema: Sukan
Rujukan: https://www.google.com/amp/s/zefrdesign.wordpress.com/2011/04/06/puma-billboardproduct-page/amp/
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen mudah kerana seseorang akan mudah mengetahui
dan memahami gambaran imej tersebut sebaik sahaja melihatnya. Ditambah pula
dengan perkataan “run wild” dan logo PUMA di bawahnya yang menambahkan lagi
keyakinan seseorang bahawa iklan ini mewakili kasut sukan berjenama terkenal.
Elemen: Mudah
Tema: Makanan
Huraian: Foto tersebut dianggap mudah kerana menggunakan grafik yang baik. Sesiapa yang melihat iklan ini mudah menerima mesej yang ingin disampaikan. Iklan ini menunjukkan makanan burger yang dijual di McDonald’s. Seseorang dapat menerima mesej yang ingin disampaikan hanya dengan sekali pandang.
Elemen: Mudah
Tema: Pemandangan
Rujukan: https://www.posterlounge.co.uk/p/574972.html
Huraian:
Elemen asas grafik iaitu mudah dapat dilihat melalui foto diatas. Foto
bangunan-bangunan tersebut terutama Menara Berkembar Petronas menunjukkan
bangunan tersebut merupakan bangunan yang terdapat di Kuala Lumpur. Oleh itu,
orang yang melihat gambar tersebut akan mudah faham bahawa gambar itu merupakan
bangunan yang berada di Kuala Lumpur. Gambar ini dapat difahami tanpa
berlakunya kekeliruan.
BBM3410
ASAS GRAFIK – MUDAH (SENDIRI)
Elemen:
Mudah
Tema: Persahabatan
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik mudah. Hal ini dapat dijelaskan
dengan melihat gambar tersebut kita dapat memahami mesej yang hendak
disampaikan. Gambar tersebut memperlihatkan ikatan persahabatan yang terjalin
yang sangat kuat dan utuh. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi dengan teks yang
tertulis pada gambar tersebut iaitu “Persahabatan bukanlah sesuatu yang dapat
dijual beli”. Oleh itu, berdasarkan gambar tersebut kita dapat memahami dengan
mudah intipati yang hendak disampaikan.
Elemen:
Mudah
Tema:
Persahabatan
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Gambar di atas menunjukkan elemen mudah. Gambar ini mudah difahami mesej yang
ingin disampaikan kerana kelihatan gambar tersebut menunjukkan tangan-tangan
remaja yang akrab seperti kawan dan diperkukuhkan lagi dengan teks yang
menyampaikan mesej persahabatan.
Elemen:
Mudah
Tema:
Buku
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Gambar di atas memperlihatkan elemen mudah melalui gambar sebuah buku berwarna
biru. Seseorang yang melihat gambar itu akan mudah memahami bahawa gambar itu
adalah sebuah buku. Malah, mesej pada gambar itu difahami dengan jelas kerana
adanya tulisan yang menunjukkan gambar itu adalah sebuah buku.
Elemen:
Mudah
Tema:
Riadah
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Elemen mudah dalam grafik diatas dapat dilihat melalui objek basikal dan
manusia. Pandangan audien yang melihat grafik ini akan memikirkan aktiviti
riada berbasikal di suatu kawasan lapang. Penggunaan latar belakang yang
menunjukkan suatu kawasan taman atau kawasan lapang untuk aktiviti berbasikal.
Tambahan pula, penggunaan objek, teks dan warna yang tidak berlebihan telah menjadikan
grafik ini mudah untuk difahami.
Elemen:
Mudah
Tema:
Keluarga
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Elemen yang ingin ditonjolkan di dalam
gambar di atas ialah elemen mudah. Gambar di atas merupakan sekeping foto 3
orang kanak-kanak sedang duduk di atas pelamin. Seseorang yang akan melihat
gambar tersebut akan mudah faham bahawa foto tersebut merupakan gambar 3 orang
kanak-kanak sedang duduk. Seseorang yang melihat foto ini tidak akan berasa
keliru kerana ianya mudah untuk difahami.
Elemen:
Mudah
Tema:
Peralatan alat tulis
Rujukan:
Sendiri
Huraian: Gambar di atas dikategorikan sebagai mudah kerana mesej yang disampaikan sangat mudah difahami. Gambar di atas merujuk kepada sebuah buku. Hal ini mudah kerana apabila seseorang melihat gambar ini, beliau hanya akan terlihat sebuah buku tulis tanpa ada rasa keliru.
Elemen:
Mudah
Tema:
Buku
Rujukan:
Sendiri
Huraian: Gambar di atas memperlihatkan elemen mudah melalui gambar buku panduan yang dipaparkan beserta perkataan yang bersesuaian. Seseorang akan dengan mudah memahami mesej yang ingin disampaikan sebaik sahaja melihat gambar ini iaitu panduan pengucapan awam. Mesej yang digunakan sangat jelas dan ringkas tentang tajuk buku yang dipaparkan.
Elemen:
Mudah
Tema:
Kasih Sayang
Rujukan:
Sendiri
Huraian: Gambar di atas memperlihatkan elemen mudah melalui gambar kanak-kanak yang dipaparkan beserta perkataan yang bersesuaian. Seseorang akan dengan mudah memahami mesej yang ingin disampaikan sebaik sahaja melihat gambar ini. Mesej yang digunakan sangat jelas dan ringkas.
Elemen:
Mudah
Tema:
Kanak-kanak
Rujukan:
Sendiri
Huraian: Foto diatas menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki. Foto diatas mudah difahami tentang maklumat yang ingin disampaikan. Foto diatas menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain dengan kereta mainannya. Sesiapa sahaja dapat memahami mesej yang ingin ditekankan dengan mudah.
Elemen:
Mudah
Tema:
Haiwan
Rujukan:
sendiri
Huraian:
Foto diatas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Foto ini menunjukkan watak
yang sedang memberi makan kepada seekor gajah. Bagi mereka yang melihat gambar
ini akan faham bahawa foto itu gajah sedang diberi makan oleh seseorang. Foto
ini dapat disampaikan sesuatu mesej yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan.
Ketua Elemen Mudah: Nurul Fatehah binti Mansor
Penolong Elemen Mudah: Nur Shah Hazuani binti Dazak
No comments:
Post a Comment