Pendekatan Analisis Wacana
(Normaliza Abd Rahim, 2018)
PRA-ANDAIAN |
EMOSI |
NILAI DAN BUDAYA |
1. Intuisi 2. Konteks ·
Penerimaan/penafian ·
Keperluan ·
Perujukan ·
Anafora ·
Pengulangan ·
Kekaburan ·
Penegasan |
1. Positif 2. Negatif 3. Emosi bercampur ·
Perangai ·
Personaliti ·
Mood ·
Motivasi |
1. Diri 2. Masyarakat 3. Adat ·
Jujur, ikhlas, baik
hati, kasih sayang, kerajianan, kesyukuran, kesederhanaan ·
Berdikari, hemah tinggi,
keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan ·
Hormat-menghormati,
kerjasama, semangat bermasyarakat ·
Keadilan, kebebasan,
rasional |
BAHASA |
INFERENS |
1. Bahasa
pertama/kedua/ketiga 2. Formal/tidak
formal 3.
Kesalahan bahasa 4.
Linguistik |
1. Rumusan keseluruhan 2. Rumusan topik perbincangan 3. Penutup kata |
Pra-andaian
Pra-andaian merupakan
perkara yang perlu diamalkan terlebih dahulu sebelum adanya hujah dan tindakan.
Dalam elemen ini telah dibahagikan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan
juga konteks. Intuisi atau juga dikenalpasti sebagai gerak hati bermaksud
kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan juga
intelektual.
Emosi
Emosi merupakan perasaan jiwa
yang kuat yang ada pada diri seseorang. Emosi mempunyai tiga aspek iaitu emosi positif dan emosi negatif
serta emosi bercampur. Emosi dapat ditunjukkan apabila seseorang itu merasa marah,
gembira atau takut akan sesuatu. Emosi juga merujuk pada reaksi terhadap
seseorang mahupun peristiwa.
Nilai dan budaya
Budaya adalah tingkah laku manusia dan norma yang
terdapat dalam masyarakat manusia. Nilai dan budaya dapat dilihat dari aspek
diri seseorang, masyarakat dan juga adat. Nilai yang dilihat seperti jujur,
berdikari, kasih sayang, hemah tinggi dan rasional.
Bahasa
Dalam analisis yang
dilakukan, bahasa difokuskan kepada bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa
ketiga. Selain itu, bahasa juga terdiri daripada bahasa formal dan bahasa tidak
formal. Dalam elemen ini juga menganalisis kesalahan serta linguistik.
Inferens
Inferens merupakan
kesimpulan atau rumusan. Dalam elemen ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu rumusan
keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata.
No comments:
Post a Comment