Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU2-NOTA ASAS GRAFIK

 


ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

MUDAH

Mudah bermaksud sesuatu gambaran yang mudah difahami dan dapat dikenalpasti dalam sesuatu foto atau video. Contohnya, dalam sebuah foto terdapat gambar kucing berwarna sedang makan. seseorang akan dapat faham bahawa dalam gambar tersebut menunjukkan kucing itu sedang makan.

WARNA

Warna merupakan satu elemen yang menjadikan sesuatu gambar itu menarik. Akan tetapi dalam asas grafik sepatutnya mempunyai tiga warna sahaja. Warna yang terdapat dalam sesuatu grafik adalah mengikut objektif dan mesej yang ingin disampaikan dalam grafik tersebut.

TEKS

Teks merujuk kepasa saiz dan jenis font yang digunakan.Warna yang digunakan untuk font juga penting supaya ianya tidak tenggelam dalam foto tersebut. Font yang digunakan mestilah mudah dibaca dan menarik.

KESESUAIAN

Kesesuaian ialah setiap grafik perlu sesuai dengan latar seperti latar tempat, latar masa dan juga latar watak yang terdapat dalam sesebuah gambar atau video. Setiap watak yang ada dalam foto tersebut mestilah bersesuaian antara satu sama lain

KESEIMBANGAN

Keseimbangan dapat dilihat dari sudut kiri, kanan, atas, dan bawah gambar. keseimbangan juga dapat dilihat apabila gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik. Contohnya, di ruang atas terdapat awan seimbang dengan laut yang terdapat di ruang bawah.

 


RUJUKAN: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Penerbit Universiti Putra Malaysia.

BBM3410-2021-MINGGU2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

1. Intuisi

2. Konteks

 

·         Penerimaan/penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi bercampur

 

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

 

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajianan, kesyukuran, kesederhanaan

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

·         Hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

·         Keadilan, kebebasan, rasional

 

BAHASA

INFERENS

1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata

 

Pra-andaian

Pra-andaian merupakan perkara yang perlu diamalkan terlebih dahulu sebelum adanya hujah dan tindakan. Dalam elemen ini telah dibahagikan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan juga konteks. Intuisi atau juga dikenalpasti sebagai gerak hati bermaksud kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan juga intelektual.

Emosi

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat yang ada pada diri seseorang. Emosi mempunyai tiga  aspek iaitu emosi positif dan emosi negatif serta emosi bercampur. Emosi dapat ditunjukkan apabila seseorang itu merasa marah, gembira atau takut akan sesuatu. Emosi juga merujuk pada reaksi terhadap seseorang mahupun peristiwa.

Nilai dan budaya

Budaya  adalah tingkah laku manusia dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia. Nilai dan budaya dapat dilihat dari aspek diri seseorang, masyarakat dan juga adat. Nilai yang dilihat seperti jujur, berdikari, kasih sayang, hemah tinggi dan rasional.

Bahasa

Dalam analisis yang dilakukan, bahasa difokuskan kepada bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Selain itu, bahasa juga terdiri daripada bahasa formal dan bahasa tidak formal. Dalam elemen ini juga menganalisis kesalahan serta linguistik.

Inferens

Inferens merupakan kesimpulan atau rumusan. Dalam elemen ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.

Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 


CERITA SOSIAL 1 : NENEK DAN DATUK

Cerita sosial 1: Nenek dan Datuk

 

Watak

Alim

 

Abang Imran

 

Kak Madinah

 

Aisyah

 

Datuk

 

Nenek

 

Dalam kereta

Latar tempat

Kampung nenek dan datuk di Kajang

 

Reban lama

 

Reban baru

 

Ruang tamu

 

Dapur

Latar masa

30 minit perjalanan

Latar masyarakat

Masyarakat yang tinggal di kampung

Emosi positif

Mengambil berat

 

Teruja

Emosi negatif

Sedih

 

Menangis


SUMBER: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit UMT



BBM3410-2021-MINGGU 1A



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum wbt..

Ini adalah kali pertama saya menulis blog.😅 

Dalam blog yang pertama ini izinkan saya untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Nurul Najehah binti Mohd. Biasanya rakan-rakan saya memanggil "Jack"😃. Saya merupakan anak bongsu dan mempunyai seorang kakak dan juga seorang abang. Mereka semua dah berumah tangga tetapi saya masih single😆 Saya menetap di Kuala Berang, Hulu Terengganu, berdekatan dengan Tasik Kenyir.

Alhamdulillah selepas tamat stpm, saya dapat menjadi salah seorang mahasiswi di Universiti Putra Malaysia yang bernombor matrik 203011. Saya mengambil kos Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). 

Thats all for today. Selamat berkenalan. 

Thank you💗

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFI...