RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit UMT
JENIS KATA DALAM CERITA SOSIAL
Bilangan Cerita Sosial |
Kata Kerja |
Kata Adjektif |
Kata Nama |
Kata Ganti Nama |
Kata Sendi |
Kata Arahan |
Kata Tanya |
Nenek dan Datuk |
Pulang- 3 Tinggal-3 Bermain- 1 Bisik-1 Tanya-2 Menunjuk-1 Berjumpa-1 Kata-1 Ujar-1 Mengeluarkan- 1 Menangis- 8 Mengangkat- 1 Berjalan- 1 Membantu-1 Mengendahkan-1 Berdiri- 2 Menonton- 2 Menolong- 1 Melihat-1 Memujuk-1 Jumlah=34 |
Tidak Sabar-1 Puas-1 Hairan- 1 Keliru- 2 Marah - 1 Sedih- 3 Jumlah=9 |
Alim - 46 Nenek dan datuk- 14 Ibu- 3 Bapa- 3 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Melaka- 1 Reban- 7 Ayam dan itik- 10 Kampung- 5 Rumah- 5 Jumlah=103 |
Mereka- 3
Jumlah=3 |
Di - 7 Dalam -1 Ke- 6 Akan- 9 Untuk- 9 Kepada- 2 Daripada- 1 Dari- 1 Antara-1 Jumlah= 37 |
Tolong- 2 Jumlah=2 |
Tiada |
Saya yang Istimewa |
Menolong- 1 Makan-4 Tanya-1 Berlari-2 Beli-1 Jerit-1 Membawa- 1 Membeli- 3 Panggil- 1 Melompat-lompat – 1 Berpesan-1 Berkongsi – 4 Menghulurkan-1 Mengasingkan- 1 Mengambil- 1 Memberikan- 1 Mengucapkan-1 Mengemas-1 Menyapu- 1 Memandang- 1 Menyapu-1 Jumlah=30 |
Gemar-1 Sedih- 3 Tersenyum- 2 Baik- 6 Bagus-1 Kotor-1 Puas-1 Jumlah=15 |
Alim - 27 Ibu- 14 Bapa- 9 Sulaiman- 10 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Rumah- 5 Jiran- 2 Buah-buahan - 5 Buah rambutan- 2 Buah manggis- 4 Buah duku- 1 Buah langsat- 1 Buah durian - 1 Pasar tani- 1 Jumlah=31 |
Kita- 5 Kamu- 1 -nya – 4 Jumah=10 |
Akan- 2 Ke- 7 Di- 17 Untuk- 2 Dengan- 1 Dari- 3 Oleh- 1 Daripada- 2 Tentang- 1 Jumlah= 36 |
Tiada |
Mengapa- 2 Apa- 1 Kenapa- 2 Jumlah= 5 |
Keluarga saya |
Memandang-2 Bermain- 1 Membuat-1 Berjalan- 2 Menyimpan-1 Menolong- 6 Jawab-1 Mengutip-1 Seru-1 Mengemas- 1 Menyimpan- 1 Menyapu- 2 Memegang- 2 Memujuk- 1 Belajar- 2 Bisik-1 Bersabar-1 Jumlah=25 |
Ketawa- 1 Resah-1 Tersenyum- 5 Baik- 1 Berjaya-1 Gagal-1 Rindu- 2 Penyayang- 1 Rajin- 2 Sabar- 1 Jumlah=16 |
Alim - 40 Ibu- 14 Bapa- 8 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 4 Jiran- 2 Rumah-4 Jumlah=78 |
Dia- 2 Saya- 9 Kami- 1 Mereka- 2 -nya – 2 Jumlah=16 |
Dari- 2 Di- 3 Dalam- 3 Akan- 2 Ke- 9 Kepada- 5 Untuk- 1 Dengan- 3 Jumlah= 28 |
Mari- 1 Jangan- 1 Jumlah= 2 |
Mana- 1 Kenapa- 1 Jumlah= 2 |
Hati |
Membawa- 3 Berkongsi- 2 Beredar-1 Mengajar- 3 Memberikan- 1 Mengemas- 1 Menjual-1 Belajar- 1 Tunduk-1 Menyebut-1 Beritahu- 1 Mengusap-usap - 1 Memakai- 1 Memakan-1 Membeli-3 Membayar-2 Duduk-1 Jumlah=25 |
Rajin- 1 Pandai- 5 Bangga- 1 Suka- 1 Baik hati- 1 Jumlah=9 |
Alim - 42 Nenek- 1 Ibu-10 Rakan-3 Kelas-2 Orang tua-1 Bapa- 1 Kak Madinah- 1 Cikgu Anis-11 Abang Imran- 1 Aisyah- 1 Guru besar- 1 Rakan- 6 Sekolah 5 Jiran - 1 Kek cawan- 5 Sayur bayam- 1 Jumlah=93 |
Tiada |
Ke- 7 Dengan- 6 Akan- 1 Untuk- 9 Di- 7 Tentang- 1 Kepada- 2 Seperti- 1 Jumlah= 34 |
Tiada |
Bagaimana- 4 Jumlah= 4 |
Jiran |
Mempunyai-1 Menyusun- 2 Mengemas- 1 Membaca- 3 Memberikan- 2 Berkongsi- 3 Mempunyai-1 Bersekolah-1 Menghulurkan-1 Membelek-belek-1 Beredar-1 Menangis- 3 Berdoa-1 Membawa- 2 Melihat-1 Merungut-1 Menemani-1 Bercerita-1 Mendiamkan-1 Melambai-lambai – 1 Jumlah=29 |
Sedih- 2 Tersenyum- 1 Gembira-1 Suka-1 Pemurah-2 Sakit-3 Sembuh-2 Sihat-2 Jumlah=14 |
Alim - 38 Ibu- 5 Bapa- 2 Kak Madinah- 4 Abang Imran- 6 Aisyah- 4 Sulaiman- 7 Klinik- 1 Jiran- 3 Buku- 10 Jumlah=80 |
Dia- 3 Saya- 1 Kamu- 1 Mereka- 5 -nya – 1 Jumlah=11
|
Oleh- 1 Akan- 7 Pada- 1 Dengan- 6 Kepada- 1 Di- 3 Tentang- 1 Ke- 3 Jumlah= 23 |
Tiada |
Kenapa- 7 Jumlah= 1 |
PERBANDINGAN CERITA SOSIAL
Judul |
Sinopsis |
Nilai |
Pengajaran |
Nenek dan
datuk |
Alim dan keluarga sedang menuju ke destinasi
iaitu rumah Nenek dan Datuk di Kajang. Dia sangat gembira untuk pulang ke
kampung. Hal ini kerana di kampungnya di kajang mempunyai banyak ayam dan
itik. Dia ingin bermain bersama-sama dengan itik dan ayam di kampung. Setelah
30 minit perjalanan, Alim sampai ke kampungnya. Dia mula mencari dan
mendapati tiada ayam dan itik di kampungnya menyebabkan dia menangis. Ibu, Bapa, Kakak Madinah dengan Abang Imran
sibuk mengeluarkan bag dan mengangkat masuk barang peribadi mereka ke dalam
rumah. Manakala Aisyah sibuk mencari
mainan yang tertinggal di celah-celah kerusi
di dalam kereta. Nenek dan Datuk yang melihat Alim menangis di tepi
reban terus mereka mendapatkan Alim. Alim menyangka bahawa semua ayam dan itik di
dalam reban telah mati tetapi Datuk telah membuat reban baru kira-kira 50
meter dari reban lama. Apabila Alim melihat ayam dan itik berada di dalam
reban baru Alim mula berhenti menangis dan tidak mengendahkan datuk dan
neneknya. Setelah melihat ayam dan itik, Alim mula
masuk ke dalam rumah dengan keadaan pelik dan aneh kerana merasakan keadaan
rumah nenek dan datuk lain daripada biasa. Ibu, Bapa, Datuk dan Nenek rasa
sedih kerana Alim tidak seperti biasa. Dia kerap menangis setelah tiba di
rumah. Namun, apabila pulang ke kampung, Alim sekeluarga lebih rapat. |
Tolong
menolong- Ibu,
Bapa, Kakak Madinah serta Abang Imran membantu mengangkat barang-barang
seperti beg, barang keperluan, baju dan sebagainya ke dalam rumah Datuk dan
Nenek. Rajin- Datuk sangat rajin kerana telah
membina reban baru untuk ayam serta itik peliharaannya. Kasih
sayang- Datuk dan
Nenek menenangkan Alim yang sedang menangis di tepi reban dan menenangkannya
yang hairan dengan keadaan rumah Datuk dan Nenek sambil berjalan keliling
rumah. Mengeratkan
Hubungan silaturahim- Kakak Madinah, Abang Imran, Aisyah serta Alim yang menonton
televisyen cerita kartun sambil bergelak tawa.
|
-Kita
mestilah bersangka baik dengan tidak memulakan andaian sebaliknya mencari
jalan penyelesaian atau melihat sesuatu keadaan dengan sebaiknya. -Kita
mestilah sentiasa menyayangi ahli keluarga walau bagaimana pun keadaannya. -Kita
haruslah sentiasa membantu ibu bapa bagi meringankan beban mereka sedikit
sebanyak. |
Saya yang
istimewa |
Kisah
saya yang istimewa mengisahkan kehidupan keluarga Alim. Saya yang
istimewa banyak memaparkan nilai
sosial yang boleh dijadikan teladan kepada orang ramai. Kisahnya bermula
dengan permintaan Alim yang ingin berkongsi buah-buahan yang dibelikan oleh
bapanya kepada Sulaiman. Alim tersenyum gembira apabila Sulaiman mengucapkan
terima kasih kepadanya. Nilai-nilai baik yang diterapkan oleh keluarga Alim
kepadanya menjadikannya seorang anak yang istimewa kerana setiap perbuatannya
memberi kesan yang baik kepada keluarga yang lain dan masyarakat
disekelilingnya. |
-
Nilai bertanggungjawab dan penyayang . Contohnya, bapa Alim membawa
pulang banyak buah-buahan kesukaan anak-anaknya seperti rambutan, durian ,
manggis dan sebagainya. - Nilai
berkongsi. Contohya, Ibu pernah mengajar Alim tentang nilai berkongsi
sehingga Alim ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan jirannya Sulaiman.
Alim masih ingat nasihat ibu bapa untuk berkongsi apa -apa juga makanan atau
barang dengan orang lain. - Nilai
baik hati. Contonya, ibu mengatakan Alim seorang yang baik kerana mahu
berkongsi dengan Sulaiman dan jelas terlihat melalui perbuatan Alim - Nilai
adil .Contoh, Bapa menyuruh Imran memanggil ibu dan adik-adiknya yang
lain untuk menikmati buah-buahan bersama-sama. -Nilai
tolong -menolong. Contohnya, Alim
membantu membuang sampah ke dalam tong sampah besar di luar rumah |
-Kita
haruslah bertanggungjawab dan menyayangi keluarga. Hal ini jelas terlihat
melalui watak bapa Alim yang membelikan buah-buahan kesukaan anak-anaknya. - Kita
perlulah berkongsi makanan atau barang dengan orang lain. Peristiwa ini
berlaku melalui tindakan Alim yang memberi buah-buahan dalam plastik kepada
Sulaiman. Kita
perlulah bersikap baik hati terutama kepada jiran tetangga. Hal ini dapat
dilihat melalui sikap Alim yang berkongsi buah-buahan dengan jirannya
Sulaiman. Kita
mestilah sikap adil dalam semua perkara. Sikap ini jelas terlihat melalui
sikap bapa yang menyuruh Imran memanggil ibu dan adik -beradik yang lain
untuk makan bersama supaya semua dapat menikmati bauh-buahan tersebut dengan
adil - Kita
perlulah bersikap tolong-menolong antara satu sama lain. Sikap ini dilihat
melalui watak Alim yang membantu ibunya membuang sampah ke dalam tong sampah
besar di luar rumahnya. |
Keluarga |
Alim merupakan seorang budak
lelaki istimewa yang berumur 9 tahun. Dia mempunyai bapa bernama Ismail, ibu
bernama Kamilah, abang bernama Imran, kakak bernama Madinah dan adik
perempuan bernama Aisyah. Keluarga Alim sentiasa memastikan Alim mengenali
nama ahli keluarganya. Hal ini kerana ibu bapa Alim mahu Alim tahu dan boleh
menyebut setiap nama dalam keluarga. Alim akan melihat ke arah setiap gambar
di dinding rumahnya setiap hari. Selain itu, Alim juga suka menolong membuat
kerja rumah. Hal ini kerana Alim sentiasa menolong ibu bapanya setiap hari.
Alim diajar daripada kecil untuk mengemas permainan setelah bermain. Perkara
ini turut diterapkan kepada adik Alim iaitu Aisyah diajar untuk mengemas
setelah bermain. Ibu bapa Alim turut memberikan kata-kata motivasi kepada
Alim. Seperti menyebut “Alim anak yang baik dan baik” dan “Alim suka tolong
Adik”. Kata-kata pujian tersebut secara tidak langsung mengingatkan Alim
supaya sentiasa membuat perkara yang baik. Alim juga mempunyai sikap sentiasa
mahu belajar. Alim akan mempelajari sesuatu perbuataan itu daripada abang dan
kakaknya. Seperti cara untuk menyapu sampah. Mereka tahu Alim adik istimewa
dan perlu memberikan contoh teladan yang baik terlebih dahulu baru dia akan
mengikutinya. Apabila Alim kelihatan resah dan kecewa ibu akan memujuknya.
Pujukan ibu akan dapat membuatkan Alim berasa tenang dengan perbuatan ibu.
Alim seorang kanak-kanak yang rajin, sentiasa mahu belajar dan dia juga
seorang yang penyayang.
|
-Nilai Kasih Sayang Keluarga
Alim sentiasa menerapkan sejak awal lagi supaya setiap ahli keluarga dikenal
dengan nama dan wajah mereka. -Nilai Tolong Menolong Kakak
Madinah iaitu akak kepada Alim sentiasa menolong Alim dengan menunjukkan cara
menyapu sampah dan abang Alim iaitu abang Imran pula menolong Alim dengan
menunjukkan cara menyapu sampah. -Nilai Kesabaran Ibu
sentiasa sabar dengan tingkah laku Alim sebagai anak istimewa. Ibu memberikan
ruang untuk Alim mencuba pelbagai perkara baharu. -Nilai Baik Hati, Bertanggungjawab
dan Tolong Menolong. Kakak
Madinah dan Abang Imran mengetahui Alim seorang adik yang istimewa, mereka sentiasa
memberikan contoh teladan yang baik kepada Alim.
|
-Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun Alim merupakan anak istimewa, ahli keluarganya sentiasa
menyayanginya seperti kanak-kanak normal dan mengambil berat terhadap Alim. -Kita haruslah prihatin terhadap
masalah orang lain. Ibu sentiasa memujuk Alim sambil tersenyum apabila Alim
gagal menyiapkan sesuatu perkerjaan. Ibu akan cuba sedaya upaya memujuk Alim
menyiapkan kerja itu sehingga selesai. |
Hati |
Cerita Sosial 4 iaitu Hati menceritakan kisah seorang
kanak-kanak iaitu Alim yang mempunyai hati yang bersih. Penceritaannya
berlatarbelakangkan hari jadi kanak-kanak tersebut. Pada mulanya, ibu Alim
menyediakan kek cawan untuk dibawa oleh Alim ke sekolah sebagai tanda
merayakan ulang tahun nya. Ibu Alim juga mendoakan agar Alim menjadi manusia
yang baik kerana dia tahu bahawa Alim akan belajar dengan rajin dan seorang
yang pandai menjada dirinya. Setelah itu, penceritaan disambung dengan latar
tempat di sekolah. Alim menceritakan perihal Cikgu Anis yang juga mempunyai
hati yang baik terhadap pelajar-pelajarnya. Alim menyatakan bahawa Cikgu Anis
banyak mengajar Alim untuk menjaga diri sendiri. Antaranya, Cikgu Anis
mengajarkan untuk menaiki bas, membeli barang di kedai runcit dan pasar tani.
Setelah itu, Alim mengagihkan kek cawan yang dibawanya kepada rakan sekelas
dan sama-sama menikmati kek cawan tersebut. Akhir cerita, Alim menyatakan
bahawa dia akan menunggu arahan dari Cikgu Anis untuk belajar. |
-Nilai
kasih sayang. Ibu Alim menonjolkan nilai kasih sayang apabila dia membuat
kek cawan untuk Alim. Tambahan pula, kasih sayang yang ditunjukkan semasa
ibunya mengucapkan selamat hari lahir kepada Alim. -Nilai
kebersihan. Alim menjaga kebersihan dan kekemasan diri apabila dia
sentiasa mengemas katil sebelum ke sekolah, memakai baju dan kasut sekolah
tanpa bantuan ibunya. -Nilai
berkongsi. Sikap Alim yang suka berkongsi kek cawan dengan rakan serta
gurunya di sekolah. -Nilai
penyayang yang ditunjukkan oleh Cikgu Anis. Cikgu Anis mengajarkan Alim
untuk berdikari di samping menyantuni orang tua. -Nilai
berterima kasih. Alim sering mengucapkan terima kasih kepada ibunya apabila
diucapkan selamat hari lahir. Di samping itu, rakan-rakan Alim juga
mengucapkan terima kasih apabila menerima kek cawan. |
Kita seharusnya mempunyai sikap yang baik dan menghargai
jasa guru. Hal ini kerana, guru adalah seorang yang mengajarkan kita tentang
pembelajaran dan juga kehidupan. Kita perlulah pandai menjaga diri. Sekiranya kita dapat
menjaga diri sendiri, maka kita tidak akan menyusahkan orang lain di samping
dapat menyenangkan hati orang di sekeliling. Kita juga haruslah mempunyai rasa tanggungjawab. Sikap
bertanggungjawab ditonjolkan oleh Alim dan Cikgu Anis dimana Alim
bertanggungjawab untuk menguruskan diri sendiri manakala Cikgu Anis
bertanggungjawab memberikan didikan kepada pelajarnya. KIta sepatutnya mempunyai sikap suka berkongsi. Hal ini
kerana, sikap berkongsi yang diamalkan akan memberikan kesenangan kepada
orang sekeliling untuk bergaul dengan kita. |
Jiran |
Cerita Sosial 5 iaitu Jiran mengisahkan tentang Alim yang
mempunyai sikap suka akan membaca. Alim amat suka menyusun dan mengemas
buku-buku yang dihadiahkan oleh bapa, ibu, abang dan kakaknya. Selain itu,
Alim juga suka berkongsi bukunya dengan jiran sebelah iaitu Sulaiman.
Sulaiman merupakan jiran sebelah rumahnya yang begitu rapat dengan keluarga
Alim. Pada kemuncak cerita, Alim mengalami sakit yang mengakibatkan badannya
panas dan tidak bermaya. Semasa Alim sakit, dia tidak dapat membaca buku
ceritanya lagi dan tidak akan bercakap serta merungut kepada ibu bapanya.
Setelah itu, Alim kembali sihat dan dapat membaca buku bersama adik
beradiknya semula. Sulaiman juga sedikit sebanyak mengambil berat terhadap
Alim apabila Sulaiman menjenguknya melalui pagar rumah mereka. |
-Nilai
suka membaca yang ditonjolkan oleh Alim, abang, kakak dan Sulaiman. Sikap
membaca amat bagus untuk kanak-kanak bagi menambahkan ilmu pengetahuan. -Nilai
suka memberi. Alim amat suka memberi dan berkongsi barangannya dengan
adik beradik serta jirannya. Hal ini dapat memupuk sikap bertimbang rasa
dalam diri Alim. -Nilai
suka akan kekemasan. Alim menyatakan bahawa dia sering menyusun dan
mengemas buku-bukunya mengikut adjab setiap hari. Nilai mengambil berat. Nilai ini ditunjukkan
melalui watak ahli keluarga Alim yang mengambil berat apabila Alim jatuh
sakit. Mereka amat risau dengan keadaan Alim dan menjaganya sehingga sembuh. Nilai jiran yang prihatin. Sulaiman menunjukkan
sikap prihatin terhadap Alim apabila Alim jatuh sakit. Dia juga sering
menjenguk Alim melalui pintu pagar rumahnya. |
Kita perlulah mempunyai sikap suka akan membaca. Hal ini
kerana, membaca adalah satu amalan yang mulia disamping dapat menambahkan
ilmu pengetahuan. Kita seharusnya menjadi pemurah dengan orang disekeliling.
Sekiranya kita suka akan berkongsi barangan atau makanan kepada orang lain,
maka mereka juga akan berbuat demikian terhadap kita. Kita juga sepatutnya menjadi jiran yang baik dan prihatin
terhadap jiran-jiran disekeliling. Hal ini kerana, jiran boleh dianggap
sebagai keluarga terdekat yang kita dapat tolong dan meminta tolong sekiranya
diperlukan. |
KANDUNGAN, KONTEKS DAN ANDAIAN CERITA SOSIAL
KANDUNGAN:
Judul |
Teks |
Tema |
Sampel/Bahan |
Jenis |
Nenek dan Datuk |
Cerita pendek |
Kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Saya yang Istimewa |
Cerita pendek |
kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Keluarga |
Cerita pendek |
Kekeluargaan |
Ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Hati |
Cerita pendek |
Kemasyarakatan |
Ibu, cikgu, Alim, rakan-rakan |
Penceritaan |
Jiran |
Cerita pendek |
Kejiranan |
Ibu, Madinah, Imran, Aisyah, Sulaiman, Alim |
Penceritaan |
KONTEKS:
Judul |
Tatabahasa |
Latar |
Emosi |
Nenek dan Datuk |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah
dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa |
Kampung nenek dan datuk |
Gembira,
rindu, sedih, marah, keliru, puas hati |
Saya yang Istimewa |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah
dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu dan bapa |
Gembira, puas hati, sedih |
Keluarga |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah
dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah dan Ibu Bapa |
Gembira, resah |
Hati |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah
dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Sekolah, rumah, jiran |
Gembira |
Jiran |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah
dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu bapa dan jiran |
Gembira, simpati, ambil berat dan
sedih |
ANDAIAN:
Judul |
Andaian
dalam Cerita Sosial |
Nenek
dan Datuk |
-Nenek dan datuk terkejut melihat
Alim menangis. Ini berkemungkinan sebelum ini nenek dan datuk tidak pernah
melihat Alim menangis dan marah. Nenek dan datuk juga sedih melihat Alim
menangis. - Perbualan antara Alim dan nenek
serta datuknya menunjukkan bahawa terdapat persoalan dan perujukan. Soalan
pertama yang ditanya oleh nenek dan datuk jelas menunjukkan bahawa mereka
ingin kepastian tentang mengapa Alim menangis? Mungkin mereka beranggapan
Alim sakit atau lapar. Setelah mendapat jawapan, barulah mereka faham mengapa
Alim begitu. -Alim masih tidak faham dan sedih
dan mengandaikan bahawa ayam dan itik sudah mati. Hal ini menunjukkan bahawa
Alim sangat sayang akan binatang. Setelah Alim mendapat jawapan tentang ayam
dan itik, dia kelihatan gembira semula. -Alim kelihatan keliru apabila
melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang lain daripada biasa. Watak nenek
menunjukkan bahawa nenek seorang yang lemah lembut dan penyayang apabila dia
memujuk Alim dengan bercerita secara
terperinci tentang perabot di rumah itu. Hal ini berkemungkinan kerana suara
nenek yang lembut mampu menenangkan Alim. |
Saya
yang Istimewa |
-Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang
banyak buah-buahan. Bapa telah membeli buah-buahan dari pasar tani. Bapa
tahu, Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan
tempatan. Ada rambutan, ada durian, ada manggis, ada langsat, ada duku dan
banyak lagi. -Ibu
sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam bakul, jangan letak merata
tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah. Alim, abang Imran, kak Madinah
dan Aisyah mengangguk tanda faham. -Alim
memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia
mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan
keluarga sambil tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu baik. Alim
juga faham abang Imran, kak Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau
makanan dengannya. |
Keluarga
saya |
-Di dalam
sebuah rumah kecil tinggal budak seorang lelaki berumur 9 tahun. Dia sedang
tersenym sambil memandang ke arah gambar di dinding.budak lelaki itu bernama
Alim. Dia mempunyai seorang bapa, ibu, abang, kakak dan adik perempuan.
Mereka keluarga yang penyayang. -Alim
belajar daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk menyapu sampah. Kak
Madinah akan menunjukkan cara memegang penyapu. Abang Imran pula akan
menolong Alim menunjukkan cara untuk menyapu sampah. -Kadangkala,
Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan tinggalkan penyapu di
tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan memujuk Alim
menyiapkan kerja. - Setiap
hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar
dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar
untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di
rumah. |
Hati |
- Ibu
telah mengajar Alim sejak kecil lagi tentang cara pemakaian baju dan kasut
sekolah, membawa botol air serta bersalaman dengan ahli keluarga yang lain.
Ibu juga memastikan bahawa Alim tahu mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu
beranggapan bahawa Alim akan dapat lebih berdikari walaupun ibu tahu Alim
masih belum melakukannya dengan sempurna. - Cikgu Anis mengajar Alim tentang
aktiviti seperti mengenali jiran, cara menaiki bas, membeli barang di kedai
runcit dan membeli sayur dan ayam di pasar tani. Cikgu Anis membuat andaian
bahawa aktiviti sebegini dapat memberikan pendedahan kepada Alim. - Cikgu Anis juga memberikan
kesedaran tentang nilai menghormati orang tua dengan aktiviti pembelajaran
seperti tunduk apabila berjalan di hadapan orang tua. Aktiviti pembelajaran
tentang nilai menghormati orang tua menunjukkan bahawa Alim juga perlu
melakukan sedemikian jika bertemu orang tua lain selain guru sekolah. - Alim berkongsi kek cawan dengan
rakan yang lain. Rakan yang lain kelihatan gembira
dengan kek cawan tersebut dan mengucapkan terima kasih. Walaupun rakan-rakan
yang lain berkemungkinan tidak faham akan makna hari lahir, namun mereka
telah didedahkan dengan ucapan terima kasih. |
Jiran |
- Alim
berkongsi buku dengan Sulaiman dan Sulaiman mengucapkan terima kasih setelah
mendapat buku tersebut. Persoalan timbul daripada pihak Sulaiman yang
menginginkan kepastian bahawa buku itu diberi oleh Alim ataupun dipinjamkan.
Sulaiman mungkin beranggapan bahawa buku itu hanya sekadar diberi pinjam.
Namun setelah mendapat jawapan, barulah Sulaiman faham buku itu diberikan
kepadanya. -Keadaan Alim yang tidak sihat dan
jatuh sakit membuatkan Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah risau dan bimbang.
Malah mereka semua sedih dengan keadaan Alim yang kaku. Kemungkinan juga,
adik beradik Alim tertanya-tanya bilakah Alim akan sihat dan mengapakah Alim
selalu sakit. Mereka tidak pasti dengan keadaan sebegini. - Perbualan di atas menunjukkan
Aisyah keliru dengan keadaan Alim. Persoalan daripada Aisyah tentang keadaan
Alim memerlukan jawapan supaya mereka semua faham dengan keadaan Alim. Ahli
keluarga yakin bahawa Alim akan sembuh juga. |
KEHADIRAN
No comments:
Post a Comment