RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Penerbit UMT
CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA
Cerita sosial ini
mengisahkan bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan seperti rambutan,
durian, manggis, langsat, duku dan lain-lain lagi yang dibeli di pasar tani. Buah-buahan
tempatan merupakan kegemaran mereka sekeluarga. Bapa seorang yang penyayang
apabila membeli buah-buahan yang banyak untuk menggembirakan keluarganya. Bapa bersikap
adil apabila dia menyuruh Imran memanggil ibu serta adik-adiknya yang lain
untuk menikmati buah-buahan tersebut. Ibu juga ada berpesan bahawa meletakkan
semua sampah dalam bakul sampah dan ibu
mereka selalu berpesan berkongsi makanan atau barang yang kita suka adalah satu
perbuatan yang baik, maka Alim ingin memberikan sedikit buah-buahan itu kepada
jirannya, Sulaiman. Dalam keluarga mereka, sikap saling berkongsi juga berlaku
apabila adik-beradik mereka saling berkongsi barang antara satu sama lain. Nilai
yang ditunjukkan akan mengeratkan lagi hubungan sesame mereka.
Nilai baik hati terselah melalui sikap Alim yang suka berkongsi. Alim merupakan seorang budak yang baik dan mendengar kata serta suka menolong keluarganya. Nilai tolong menolong dapat dilihat apabila dia membantu membuang sampah ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Nilai yang ditunjukkan telah diterapkan dalam keluarga ini. Alim juga diajar untuk sentiasa bertegur sapa dengan orang yang lebih tua seperti dia menegur ibu Sulaiman ketika membuang sampah. Perbuatan tersebut menunjukkan sikap saling hormat-menghormati. Dalam cerita ini juga menceritakan tentang nilai ambil berat. Ini dapat dilihat apabila Alim bertanya “kenapa Mak Cik Timah bersedih?” setelah melihat raut wajah Mak Cik Timah yang sedih itu. Alim mempunyai perasaan yang sentiasa positif.
Cerita “Saya Yang
Istimewa” bertemakan kekeluargaan. Watak-watak yang terdapat dalam cerita ini
terdiri daripada ahli keluarga seperti ibu, bapa, nenek, datuk, abang Imran,
Madihah, Aisyah dan Alim. Dalam cerita ini juga terdapat watak jiran iaitu Mak
Cik Timah serta anaknya, Sulaiman. Selain itu, dalam cerita menggunakan latar
tempat di rumah ibu dan bapa. Dari segi emosi pula, terdapat tiga situasi emosi
iaitu gembira, puas hati dan sedih. Bagi emosi gembira dapat dilihat apabila
Kak Madihah melompat-lompat apabila melihat banyak buah-buahan kegemarannya. Bagi
emosi puas hati pula dapat dilihat apabila Alim terus berlari semula
mendapatkan keluarga setelah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Seterusnya,
emosi sedih dapat dilihat apabila Mak Cik Timah kelihatan sedih melihat
kebaikan yang dilakukan oleh Alim.
Rumusan daripada cerita
ini ialah terdapat banyak nilai sosial dalam cerita yang boleh dijadikan
teladan untuk semua orang. Antara nilai yang ditunjukkan ialah baik hati,
ikhlas, tolong menolong, ambil berat, tanggungjawab dapat dilihat dalam diri
Alim dan ahli keluarganya. Walaupun Alim anak yang istimewa , Alim berusaha
untuk menjadi seorang yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment