Thursday, April 8, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3- CELIK BAHASA ISYARAT

 


https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24&t=744s 
KREDIT: DBP

Terdapat banyak pengisisan yang dapat diambil daripada perkongsian oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim dalam Rancangan Sembang Tamu: Celik Bahasa Isyarat. Dalam rancangan ini beliau berkongsi bagaimana beliau terdetik untuk belajar bahasa isyarat. Katanya, umur tidak menjadi penghalang untuk belajar bahasa isyarat ini, yang perlu adalah minat serta usaha. Tanpa usaha ia hanyalah sia-sia. Pada awalnya, beliau hanyalah belajar melalui twitter dan seterusnya melalui youtube.

    Selain itu, Prof. Dr. Normaliza juga turut berkongsi tentang kelebihan dan kepentingan belajar bahasa isyarat. Menurutnya, dengan belajar bahasa isyarat kita dapat memahami apa yang dibicarakan oleh golongan yang menggunakan bahasa ini serta kita dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka. Malah, ini juga dapat memberikan memahami perasaan golongan yang menggunakan bahasa ini supaya mereka tidak berasa dipinggirkan. Menurutnya lagi, bahasa isyarat merupakan bahasa universal. Oleh itu, kita boleh menggunakan bahasa isyarat di mana-mana sahaja. Di samping beliau menyatakan dan mencadangkan agar bahasa isyarat ini perlu dijadikan sebagai salah satu kursus di sekolah atau institusi pengajian tinggi.


                                                               Bukti kehadiran

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFI...