Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN-NISKALA

 BBM3410 ASAS GRAFIK-KESESUAIAN (INTERNET)

Elemen: Kesesuaian

Tema: Minuman

Rujukan: Internet https://www.jualo.com/komputer-dan-elektronik/iklan-distributor-teh-pucuk-harum-surabaya

Huraian: Grafik yang digunakan dalam gambar ini bersesuian dengan latar. Setiap komponen yang digabungkan dalam gambar bersesuaian antara satu sama lain. Botol teh yang digabungkan dengan latar daun teh (pucuk teh) itu menunjukkan gambar ini sangat bersesuaian. Terdapat tulisan yang berada di bawah itu “Rasa teh terbaik ada di pucuknya”


Elemen: Kesesuaian

Tema: Sukan

Rujukan:Internet https://www.cosmopolitan.co.id/newtest/vrgallery/images/VzMW5C_IMG_0666.JPG

Huraian: Foto tujuh orang dewasa sedang bermain luncur ais. Permainan luncur ais sesuai dengan latar   masa dan tempat iaitu pada musim sejuk. Pakaian yang digunakan juga bersesuaian mengikut musim tersebut. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut “7 hari di Okinawa”.


Elemen: Kesesuaian

Tema: Kelengkapan sukan

Rujukan: Internet https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.wallpaperbetter.com%2Fid%2Fhdwallpaperzsyir&psig=AOvVaw2m67UqtcdiAN3ZHOaaZijH&ust=1617310527800000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCNjG_7e12-8CFQAAAAAdAAAAABAM

Huraian: Gambar tersebut menunjukkan kelengkapan untuk bersukan. Kasut sukan merupakan kelengkapan yang terdiri daripada pelbagai jenis dan pelbagai warna. Gambar tersebut merupakan elemen kesesuaian kerana bersesuaian dengan tema dimana kasut sebagai objek yang digunakan untuk senaman atau untuk aktiviti larian seperti yang terdapat dalam gambar tersebut iaitu kasut diletakkan secara tersusun di garisan larian. Kasut tersebut juga boleh digunakan secara casual kerana gambar tersebut  menghimpunkan kasut di atas permukaan seperti jalan tar.

 

Elemen: Kesesuaian

Tema: Hari Peringatan

Rujukan: Adobe Spark Post

Huraian: Kesesuaian bermaksud imej, teks, warna yang digunakan dalam imej adalah sesuai dan mempunyai perkaitan dengan grafiknya. Gambar di atas memaparkan ikon kepala yang berambut panjang bagi menjelaskan gambaran wanita. Teks juga menunjukkan kesesuaian dengan ikon kerana teks tersebut menjelaskan Hari Peringatan Wanita Antarabangsa pada 3 Ogos setiap tahun.

 

Elemen: Kesesuaian

Tema: Minuman

Rujukan: : https://www.behance.net/gallery/77189273/Starbucks-Billboard-Design

Huraian: Elemen kesesuaian dapat dilihat dalam papan tanda di atas menerusi penggunaan grafik yang bersesuaian dengan latar. Ayat GRAB YOUR COFEE yang digunakan bersesuaian dengan logo yang dipaparkan bagi mewakili syarikat air kopi terkenal iaitu Starbucks. Warna latar yang digunakan juga amat sesuai kerana itu merupakan warna yang mewakili produk tersebut.

 

Elemen: Kesesuaian

Tema: Alat elektronik

Rujukan: https://www.dailybillboardblog.com/2019/10/apple-iphone-11-pro-billboards.html

Huraian: Berdasarkan gambar yang telah dilampirkan, ia mempunyai elemen asas grafik kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana latar tempat yang digunakan dalam gambar tersebut adalah bersesuaian dengan keadaan semasa. Ianya dapat memudahkan masyarakat untuk melihat gambar tersebut kerana ia berada di tepi jalan raya. Oleh itu, mesej yang hendak disampaikan dapat berjalan dengan lancar.

 

Elemen: Kesesuaian

Tema: Kesukanan

Rujukan: : https://ericwqliu.myportfolio.com/adidas-billboard-element-3

Huraian: Gambar di atas menunjukkan elemen kesesuaian. Elemen ini dapat dilihat pada penggunan teks dan grafik yang sesuai dimana jalur merah yang mewakili trek larian dengan perkataan “sport” itu sendiri yang membawa maksud sukan. Keadaan ini dapat menyampaikan objektif grafik tersebut kepada pengguna.

 

Elemen: Kesesuian

Tema: Makanan

Rujukan: https://www.dosenpendidikan.co.id/contoh-billboard/

Huraian: Gambar ini menunjukkan kesesuaian dengan latar tempat dan latar masa. Gambar sebekas makanan yang bersesuaian dengan tempat makan. Tambahan pula, gambar ini disertai tulisan “Dollar m Menu at breakfast” yang menunjukkan masa untuk makanan itu dimakan. Bahan dan tulisan dalam gambar ini bersesuaian antara satu sama lain. 

 

Elemen: Kesesuaian

Tema: Minuman

Rujukan: https://images.app.goo.gl/2baNJdzjDLxTA3t17

Huraian: Elemen kesesuaian dapat dilihat dalam papan tanda di atas menerusi penggunaan grafik yang bersesuaian dengan latar. Ayat Panasnya! hidrat semula dengan 100 plus yang digunakan bersesuaian dengan logo yang dipaparkan bagi mewakili syarikat air 100 plus tersebut. Warna latar yang digunakan juga amat sesuai kerana imej tin air 100 plus lebih menonjol dengan susunan seperti yang  dipaparkan itu.


Elemen: Kesesuaian

Tema: Makanan

Rujukan: https://marketingmagazine.com.my/mcdonalds-creative-billboards-take-off-on-social-media/?hcb=1

Huraian: Kesesuaian merupakan elemen yang paling menonjol di dalam foto tersebut. Foto tersebut menunjukkan gambar aiskrim yang tinggi dan logo produk yang ingin diiklankan. Selain itu, terdapat juga tulisan “ tinggi-tinggi Gunung Kinabalu”. Foto tersebut ditulis untuk menggambarkan gambar aiskrim di sebelahnya yang tinggi seperti Gunung Kinabalu.

 

BBM3410 ASAS GRAFIK-KESESUAIAN (SENDIRI)

Elemen: Kesesuaian

Tema: Perkahwinan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Foto menunjukkan sepasang suami isteri di atas pelamin. Pakaian yang dikenakan oleh kedua pasangan ini bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan. Bunga-bunga yang menghiasi di sekitar pelamin menjadikan gambar lebih menarik. Terdapat tulisan di atas foto tersebut “Perkahwinan Satu IBADAH”

Elemen: Kesesuaian

Tema: Percutian

Rujukan: Sendiri

Huraian: Foto diatas menunjukkan dua orang yang sedang tersenyum dan memakai baju tradisional Korea. Terdapat tulisan di bawah kiri foto “ Happy moment, Seoul, Korea”. Ia bersesuian dengan gambar yang menunjukkan mereka sedang gembira dan berada di Korea. Oleh itu, latar yang terdapat dalam foto ini bersesuaian antara satu sama lain.

 

Elemen: Kesesuian

Tema: Sambuatan Hari Kelahiran

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar tersebut menunjukkan aktiviti menyambut sempena hari kelahiran. Foto ini dilihat bersesuaian dengan elemen kesesuaian dari segi grafik. Hal ini kerana setiap majlis hari jadi akan disertakan dengan upacara memotong kek bagi menjamu tetamu yang hadir. Manusia sebagai objek untuk memeriahkan majlis, kek dan juadah yang disediakan berada di atas meja serta hiasan dibelakang mewujudkan konsep suasana majlis menyambut hari kelahiran.

 

Elemen: Kesesuaian

Tema: Bike Week

Rujukan: Sendiri (21/04/2015-11:30p.m)

Huraian: Objek manusia dan motosikal memenuhi elemen kesesuaian dari segi situasi grafik tersebut. Situasi grafik ini boleh ditafsirkan sebagai situasi di festival Bike Week. Hal ini kerana, terdapat teks pada banner di belakang objek yang menjelaskan situasi Bike Week di Sungai Golok pada tahun 2015. Elemen warna juga dapat menunjukkan kesesuaian dari segi warna teks dengan banner yang menggunakan warna panas merah dan kuning serta warna motosikal dengan manusia yang menggunakan warna biru gelap.

 

Elemen: Kesesuaian

Tema: Alam semula jadi

Rujukan: Sendiri

Huraian: Ayat yang digunakan dalam gambar di atas bersesuaian dan berkesinambungan dengan latar tempat dan latar watak yang ada dalam foto tersebut. Objek dalam gambar juga bersesuaian kerana gambar tersebut diambil dengan latar belakang hutan dan pemandangan air terjun yang menonjolkan lagi sifat alam semulajadi.

Elemen: Kesesuaian

Tema: Alam semula jadi

Rujukan: Sendiri

Huraian: Foto tersebut mempunyai elemen grafik asas, iaitu kesesuaian kerana foto itu melambangkan alam semula jadi. Ianya sesuai dengan teks yang terdapat dalam foto tersebut kerana ia menceritakan tentang kecantikkan alam semula jadi yang merupakan ciptaan tuhan. Foto tersebut juga mempamerkan latar tempat yang bersesuaian iaitu dikelilingi laut dan pokok.  Ini menjadikan foto tersebut memenuhi elemen asas grafik kesesuaian.

 

Elemen: Kesesuaian

Tema: Perjalanan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen kesesuaian. Grafik tersebut memaparkan teks dan grafik yang bersesuaian dimana teks tersebut menjelaskan tentang perjalanan yang bersesuaian dengan gambar jalan yang luas.


Elemen: Kesesuaian

Tema: Kebahagiaan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen yang bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak. Gambar seorang perempuan sedang duduk di pelamin sewaktu hari pertunangannya. Terdapat juga sebuah pelamin dan juga bunga di kiri dan kanan pelamin yang menunjukkan latar masa sewaktu pertunangan. Watak dan bahan dalam gambar bersesuaian antara satu sama lain.

 

Elemen: Kesesuaian

Tema: Alam semula jadi

Rujukan: Sendiri

Huraian: Ayat yang digunakan dalam gambar di atas bersesuaian dan berkesinambungan dengan latar tempat yang ada dalam foto tersebut. Imej pantai yang digunakan bersesuaian kerana gambar tersebut diambil dengan latar belakang pemandangan pantai yang indah yang menonjolkan lagi sifat alam semulajadi.

Elemen: Kesesuaian

Tema: Keindahan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Elemen yang paling menonjol di dalam foto tersebut ialah elemen kesesuaian. Di dalam foto tersebut terdapat gambar bangunan-bangunan yang berwarna warna-warni. Serta langit yang hampir gelap menunjukkan suasana yang senja. Selain itu terdapat tulisan di atas foto tersebut iaitu “Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Pahang.

Ketua Elemen Kesesuaian: Nur Ain Nadhirah binti Fadhlan (201810)

Penolong Elemen Kesesuaian: Nurul Najehah binti Mohd (203011)

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA-NISKALA

 

BBM3410 ASAS GRAFIK-WARNA (INTERNET)

  



Elemen: Warna

Tema: Pengiklanan

Rujukan: https://pin.it/VzZnlBR

Huraian: Merujuk imej diatas, penggunaan warna hangat dan sejuk telah menyebabkan timbulnya kontras warna. Warna panas yang digunakan seperti warna hitam (pada gelas), dan koko gelap (pada biji kopi dan latar sebelah kanan) yang digandingkan dengan warna sejuk seperti putih (pada buih kopi, wap panas dan teks). Tambahan pula, terdapat warna panas kuning yang merujuk kepada logo syarikat makanan ringan tersebut iaitu Mc Donald disamping mengaplikasikan penggunaan tona warna koko. Kombinasi warna yang diterapkan dalam imej diatas jelas menampakkan kejelasan visual dan dapat menarik mata audien.

 


 

Elemen: Warna

Tema: Pengiklanan

Rujukan: https://images.app.goo.gl/7xYDGwmvfHj8o51NA

Huraian: Gambar di atas memenuhi elemen warna kerana majoriti kombinasi warna yang digunakan adalah koko dan putih bagi melambangkan produk tersebut (Aiskrim Sunday). Warna pada fonts yang digunakan juga sama seperti dalam imej yang dipaparkan dan kelihatan menonjol membuatkan mesej yang ingin disampaikan itu lebih menyerlah tentang aiskrim Sunday.



 

Elemen: Warna

Tema: Fesyen

Rujukan: https://www.google.com/search?q=billboard+sabella&sxsrf=ALeKk020_9VjD61c8HUExSV5T-L50o4s6A:1617262249811&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjkh6Kvw9zvAhWDwjgGHR-kCg0Q_AUoAXoECAEQAw&biw=1280&bih=610#imgrc=S4JmeQ3deYZYoM

Huraian: Gambar di atas menunjukkan elemen warna. Warna merah yang mendominasi grafik tersebut dapat menarik perhatian pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana, mengikut psikologi warna merah merupakan warna yang memberi kesan kekuatan, semangat dan tanda peringatan. Dengan sekali imbas sahaja, warna merah ini boleh mendapat perhatian dengan mudah.

 


 

Elemen: Warna

Tema: Minuman

Rujukan: https://www.aking.com.my/signage

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik warna yang telah diterapkan. Hal ini kerana kombinasi warna yang telah digunakan tidak melebihi tiga warna. Oleh itu, mesej yang hendak disampaikan melalui gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik. Latar gambar diletakkan warna biru melambangkan jenama air tersebut iaitu Blue Moon manakala warna pada tulisan yang digunakan ialah berwarna putih. Ini telah menjadikan gambar tersebut lebih menarik.



 

Elemen: Warna

Tema: Makanan

Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Frepository.telkomuniversity.ac.id%2Fpustaka%2Ffiles%2F18375%2Fresume%2Fanalisis-perbedaan-aktivitas-promosi-iklan-kfc-dan-mcdonalds.pdf&psig=AOvVaw2I2w6Hc6G3BLLFvNDOmVaJ&ust=1617429809632000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPDGuoby3u8CFQAAAAAdAAAAABAD

Huraian: Papan iklan diatas menggunakan tiga gabungan warna yang baik. Terdapat warna merah yang merupakan warna latar papan tanda tersebut dan menggunakan warna putih dan hitam. Warna hitam dan putih tersebut dapat dilihat dengan jelas. Pemilihan warna juga bertepatan dengan logo restoran tersebut iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC).




 

Elemen: Warna

Tema: Minuman Berkhasiat

Rujukan: https://thepresident.my/tak-tahu-nak-buat-iklan-kat-mana-tengok-4-tanda-tanda-ni/

Huraian: Gambar di atas memenuhi elemen warna kerana majoriti kombinasi warna yang digunakan adalah hijau dan putih bagi melambangkan produk tersebut (MILO). Warna putih pada fonts yang digunakan juga berjaya membuatkan perkataan “GREAT TASTE” itu kelihatan menonjol dan tentunya menyerlahkan lagi mesej yang ingin disampaikan iaitu air milo mempunyai rasa yang sedap.

 

 


Elemen: Warna

Tema: Makanan Segera

Rujukan: http://cisdel.com/2011/10/31/contoh-iklan-makanan-yang-sangat-cool-dan-menyelerakan/

Huraian: Warna yang terdapat dalam gambar makanan segera tersebut mempunyai kombinasi warna yang menyerlah iaitu warna merah, kuning dan putih. Gambar tersebut mempunyai warna yang mencakupi warna asas grafik kerana tidak melebihi tiga warna yang menyerlah. Namun begitu, warna hijau dan oren yang wujud tidak menjejaskan elemen warna kerana warna memainkan peranan mengikut mesej yang disampaikan untuk menarik minat pelanggan.

 

 


Elemen: Warna

Tema: Pengiklanan Animasi

Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/376965431314424880/?hcb=1

Huraian: Warna merupakan elemen yang paling menonjol di dalam gambar di atas.  Foto tersebut mempunyai animasi berwarna kuning dan berlatarbelakangkan warna jingga. Terdapat juga warna putih digunakan. Foto ini menjadi menarik apabila seseorang melihatnya kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah.

 

 


Elemen: Warna

Tema: Iklan movie

Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/376965431307204753/

Huraian: Kombinasi yang digunakan dalam gambar ini sangat sesuai. Gambar diatas mempunyai latar yang berwarna hitam dan putih. Ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak melebihi tiga warna. Gambar ini menjadi menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.

 


 

Elemen: Warna

Tema: Minuman

Rujukan: https://forum-anarkid.blogspot.com/2019/01/contoh-iklan-minuman.html?m=1

Huraian: Gambar ini mempunyai kombinasi warna yang lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, warna-warna yang digunakan dalam gambar ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej. Gambar ini memaparkan imej botol minuman berwarna hijau dan oren yang dimasukkan ke dalam air yang juga berwarna kehijauan. Terdapat juga warna merah pada tulisan di botol minuman. Gambar ini menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kesegaran air minuman itu. 

 

BBM3410 ASAS GRAFIK-WARNA (SENDIRI)
 

Elemen: Warna

Tema: Makanan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menonjolkan kombinasi tiga warna iaitu hitam, coklat keemasan dan putih. Warna yang digunakan berjaya menaikkan foto ayam tersebut yang sememangnya tarikan utama di dalam gambar itu. Font berwarna putih yang dipilih dalam gambar tersebut juga menimbulkan warna pada ayat “juicy in every bites” menyebabkan ia kelihatan sempurna.

 



Elemen: Warna

Tema: Kehidupan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Berdasarkan imej diatas, penggunaan elemen warna neutral dapat mempengaruhi cara pandang dan mengubah citarasa audien terhadap imej tersebut. Hal ini kerana, warna neutral hitam dan putih telah mendominasi imej. Disamping itu, terdapat juga warna kroma campuran dua warna penggenap iaitu warna khaki koko yang menjadi warna ketiga dalam imej. Warna putih dapat melahirkan kedamaian, kesucian dan ketenangan disamping diimbangi dengan warna hitam dan khaki koko yang menimbulkan kekemasan dan kekuatan imej tersebut.


 


Elemen: Warna

Tema: Kasih sayang

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan elemen warna. Warna yang digunakan dalam grafik itu dominan warna hijau. Ini dapat memberikan impak ketenangan kepada gambar tersebut yang mana mampu menyampaikan mesej kepada golongan yang sering mendera anak agar menjadi tenang dan lebih menyayangi anak mereka. Warna yang digunakan pada font juga kelihatan sesuai dengan gambar yang dipaparkan.

 

 


Elemen: Warna

Tema: Hadiah

Rujukan: Sendiri

Huraian: Berdasarkan gambar di atas telah diterapkan elemen asas grafik warna yang sangat menyerlah dalam gambar tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kombinasi warna yang sangat menarik telah digunakan dalam gambar itu. Kombinasi warna yang telah digunakan juga tidak terlalu banyak dan padat. Dengan adanya kombinasi warna tersebut telah menjadikan intipati dalam gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik.

 


 

Elemen: Warna

Tema: Minuman

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas mencukupi warna asas grafik kerana ianya menonjolkan kombinasi tiga warna iaitu koko, oren dan putih. Warna yang digunakan berjaya menaikkan foto minuman kopi premiun latte tersebut yang sememangnya tarikan utama di dalam gambar itu. Font berwarna putih yang dipilih turut menimbulkan warna pada ayat kopi premium. Warna-warna yang digunakan itu kelihatan sempurna dan sesuai dengan gambar minuman di atas.

 



Elemen: Warna

Tema: Pemandanga Waktu Malam

Rujukan: Sendiri

Huraian: Warna yang terdapat dalam gambar tersebut mencukupi warna asas grafik kerana tidak melebihi daripada tiga warna . Foto diatas hanya mempunyai warna yang gelap dan warna yang cerah iaitu warna hitam dan warna putih yang wujud daripada cahaya lampu. Warna cerah di atas menyerlahkan lagi latar yang gelap kerana cahaya lampu tersebut memfokuskan masjid dan bangunan-bangunan di sekeliling masjid itu.

 


 

Elemen: Warna

Tema: Kenderaan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar ini mengandungi elemen warna iaitu kombinasi warna merah, putih dan coklat. Gambar sebuah kereta yang berwarna merah dan disertai dengan dinding dan tingkap yang berwarna putih dan coklat. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, dinding dan tingkap.

 

 


Elemen: Warna

Tema: Pemandangan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Dalam gambar ini terdapat kombinasi warna yang menarik. Kombinasi warna tersebut juga tidak melebihi tiga warna. Warna langit yang kebiruan serta pokok yang kehijauan menjadikan gambar ini menjadi menarik dengan pemandangannya. Warna bangunan-bangunan juga menjadikan gambar lebih cantik. Gambar ini jelas memfokuskan kepada warna langit, pokok serta bangunan.

 

 


Elemen: Warna

Tema: Kehidupan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Elemen yang paling menonjol di gambar di atas ialah elemen warna. Foto tersebut menunjukkan seorang lelaki berbaju biru sedang mengecat pagar berwarna putih dan biru muda. Terdapat juga warna awan kebiruan dan pokok yang berwarna hijau. Foto ini mempunyai lebih daripada tiga warna dan menjadikannya menarik dan menyerlah dengan warna yang cerah seperti yang dipaparkan dalam gambar tersebut.


 


Elemen: Warna

Tema: Pakaian Tradisional

Rujukan: Sendiri

Huraian: Foto diatas menunjukkan seorang gadis berbaju kurung. Latar belakang yang berwarna agak usang sesuai dengan baju yang digunakan. Baju jurung yang berwarna hijau dapat menimbulkan subjek (gadis) tersebut. Warna tudung yang digunakan juga menonjolkan lagi warna dalam gambar tersebut kerana warna yang digunakan ialah warna hijau gelap.


Ketua Elemen Warna: Intan Nur Azriena binti Siful Yazani @ Saiful Yazan (203966)

Penolong Elemen Warna: Nurul Tasnim binti Zakaria (204115)

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFI...